Kelas Photoshop & Dreamweaver

19 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 & 18 ogos 2018, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah menganjurkan kelas photoshop dan Dreamweaver untuk penduduk setempat. Kelas usahawan ini berlangsung di Pusat Internet Tambun Tulang dan disertai seramai 1 peserta. Kelas bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang selama dua hari.

Kelas multimedia ini diadakan bertujuan untuk membantu dan mengajar peserta untuk menggunakan software tersebut bagi menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam menyelesaikan tugasan sekolah lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali